Sejarah Cetakan Tamadun Jepun

Cetakan blok kayu di Jepun dikenali sebagai Ukiyo-e. Pada perawalan, Ukiyo-e dipercayai di bawa masuk ke Jepun bersama kemasukan agama Buddha. Pada pertengahan abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19, stail dan gaya cetakan blok kayu Jepun yang unik berkembang dengan maju. Perkataan ‘Ukiyo’ berasal dari perkataan Buddha bermaksud dunia sedih. Aspek yang digambarkan dalam Ukiyo-e, adalah tentang dunia terapung merujuk kepada perasaan dan kebebasan yang tidak abadi atau tidak kekal.

Seterusnya, ‘e’ bererti gambar atau lukisan. Ukiyo-e menceritakan kekayaan sejarah pada zaman Edo di bawah pemerintahan Shogun yang terasing dari dunia luar. Kegiatan dilakukan berkisar persembahan teater, restoran, kedai minum, geisha dan rumah pelacuran kelas atasan. Pada tahun 1650, Ise Mongatari menghasilkan ilustrasi buku cetak dengan blok kayu yang pertama. Pada awalnya, ilustrasinya agak kasar dan tidak penting berbanding teks yang dikeluarkan, tetapi akhirnya gambar telah menjadi penting yang dihasilkan oleh sekumpulan artis seni. Contohnya, tokoh artis seperti Utamaro dan Sharaku menghasilkan poster, iklan persembahan teater dan rumah pelacuran atau potret idola seperti aktor Kabuki (drama tradisi Jepun).

Mereka menghasilkan cetakan poskad yang sesuai dengan menggambarkan kehidupan seharian. Pada perawalan abad ke-18, perubahan pada kualiti kertas, rupa bentuk dan saiz cetakan bertambah. Teknik cetakan menjadi lebih moden. ‘Urushi-e’ bahan pengilat, ditambah pada kawasan hitam tertentu menjadikannya berkilat melalui campuran gam dan dakwat. Dari permulaannya, cetakan warna dilakukan dengan tangan. Pada pertengahan abad ke-18 pula, Okumara Masanobu iaitu seorang penerbit dan pelukis telah membuat eksperimen dengan menggunakan lebih daripada satu kayu blok untuk menghasilkan beni-e’ atau gambar merah. Tokoh artis Suzuki Harunobu antara yang cemerlang dan terkenal di Edo yang dapat mencetak dan menghasilkan beberapa siri cetakan blok kayu yang halus dan serupa dengan figura lelaki dan perempuan dengan gaya sungguh menarik. Kecantikan Ukiyo-e hanya dapat dikecapi oleh warga dunia selepas Laksamana Perry ke Jepun pada tahun 1854 selepas dasar ‘buka pintu’. Malangnya banyak hasil Ukiyo-e rosak kerana gempa bumi, kebakaran dan terlalu usang.

0 comments:

Post a Comment