SEJARAH CETAKAN DI LUAR NEGARA

Sejarah Cetakan Tamadun China
Sejarah cetakan terawal dihasilkan daripada cetakan kayu yang dipercayai bermula pada abad ke-7 Masihi di China. Seterusnya pada abad ke-14 Masihi, industri cetakan mono blok kayu buatan tangan muncul dan berkembang di negara Barat. Pada masa itu, kemahiran mencetak digunakan untuk mencetak bahan keagamaan, hiasan ilustrasi buku, poster untuk komunikasi, propaganda, dan bahan pendidikan. Penggunaan warna dalam cetakan diperkenalkan pada pertengahan abad ke-15. Bermula abad ke-7 Masihi, China telah menjadi tempat penghasilan cetakan yang paling terawal. Bermula pada 500 S.M, cetakan menjadi satu lagi ciptaan budaya China yang penting dengan percetakan blok di atas kertas lalu menyapu dakwat ke atas blok yang diukir pada muka surat, kemudian meletakkan kertas di atasnya dan menyapu belakang kertas sehingga menjadi permukaan yang rata. Pada abad ke-11 sebelum Masihi, Bi Sheng mencipta teknologi percetakan dengan mesin taip.

Tahun sebenar tentang seni cetakan di China mula muncul masih lagi diperbincangkan dalam lingkungan akedemik kerana tiada bahan artifak atau peninggalan dokumen yang dapat dikaitkan dengan cetakan terawal yang telah dijumpai. Namun begitu, berdasarkan pengamatan daripada aspek perkembangan sosial, budaya dan fakta-fakta serta bukti dokumen yang relevan untuk dikaitkan, boleh melakarkan secara kasar bahawa cetakan blok kayu mula digunakan dalam Dinasti Sui (581-618) dan menjadi popular dalam Dinasty Tang. Kebanyakan catatan dokumen tentang cetakan blok kayu dalam Dinasti Tang (618-907), agak susah untuk dipersembahkan. Sezaman dengan Dinasti Song yang telah menjadi ikutan cara hidup etnik minoriti di Liao, Barat Xia dan Jin, peringkat cetakan di kawasan ini juga pada tahap yang sama dengan kawasan di tengah dan Selatan China.

Dalam tahun 1991, Sembilan jilid ayat-ayat suci Buddha bertajuk Propitiousness telah tersebar ke merata-rata tempat di Kouhebenxu. Tulisan tersebut telah ditulis dalam simbol dan tulisan dari Barat Xia dan dibatasi mengikut format rama-rama, telah dijumpai di lingkungan pagoda di Baishigou yang terletak di negeri Helan, Ningxia, wilayah Auton-Omous. Ahli arkeologi dan pakar telah menjelaskan bahawa jilid ini telah dicetak sekitar tahun di Barat Xia iaitu setengah abad dalam abad ke-21 dengan menggunakan kayu jenis mudah alih. Ayat-ayat suci ini telah diambil sebagai penemuan terawal tentang cetakan kayu mudah alih dan ia telah menduduki tempat terpenting dalam sejarah cetakan China.

Satu perubahan besar telah berlaku ke atas teknik cetakan ketika Dinasty Yuan (1271-1386). Pencapaian terbesar dalam teknik cetakan adalah inovasi dalam teknologi cetakan kayu mudah alih yang dihasilkan oleh Wang Zhen. Beliau telah mengupah orang untuk mengukir papan kayu mudah alih ini dan kemudian beliau mereka cipta sebuah plat untuk menyimpan papan cetak tersebut mengikut permintaan semasa. Pada abad ke-14 dan 15, Dinasti Ming dan Qing patung Terigu mulai berkembang menjadi seni kerajinan rakyat jalanan. Tepung terigu dan beras ketan berwarna boleh ‘dipahat’ oleh cetakan, misalnya gue rembulan atau Tiong Ciu Pia dibuat oleh cetakan gue. Seni patung terigu dimanfaatkan untuk perayaan hari raya tradisional seperti Tahun Baru Imlek, Tiongciu dan Peh-cun.

0 comments:

Post a Comment