Sejarah Cetakan Tamadun Barat

Selepas kemunculan seni cetakan di China, seni cetakan di Barat mula berkembang. Pada abad ke-14 Masihi, industri cetakan mono telah berkembang di negara Barat. Pada ketika itu, cetakan digunakan bagi tujuan propaganda, pendidikan dan bahan keagamaan. Warna mula digunakan pada abad ke-15. Bermula dengan cetakan pakaian seawal kurun 60-an. Kelewatan teknologi kertas di negara Timur menyebabkan cetakan kertas lebih lewat diperkenalkan. Pada tahun 1511, kertas mula diperkenalkan di Jativa, Sepanyol.

Cetakan kayu yang pertama dicetak di atas kertas adalah di German seawal abad ke-15. Goresan dihidupkan oleh pelukis Belanda pada kurun ke-17 dan Rembrant telah membuat cetakan pertamanya pada tahun 1626. Beliau lebih cenderung menghasilkan cetakan sendiri berbanding kepada teknik cetakan professional. Beberapa daripada cetakannya memaklumkan teknik cetakan mengalir tetapi melalui pengalaman dan ujikaji, dia mengasah dan membentuk kemahirannya, lalu menjadi mahir dan kreatif dalam seni cetakan.

0 comments:

Post a Comment