Cetakan Benam ( Integlio )

Contoh Karya Cetakan Benam
Albrech Durer, 1497-1498, Woodcut, 39 × 28 cm (15.35 inch × 11.02 inch)

Cetakan Integlio berasal dari bahasa Itali bererti “ukir” yang wujud sebelum litografi lebih dari tiga kurun. Sebagaimana litografi, ia menggunakan hubungan kepingan lengkap ("full-plate") tetapi tidak bergantung kepada air bagi mengekalkan dakwat setempat, ia menggunakan liang, ukiran, atau alur pada kepingan logam (atau silinder) bagi menyimpan dakwat. Selepas dakwat dilumur, kepingan cetak dilap bagi menyingkir lebihan dakwat dari permukaan kepingan cetak.

Kertas kemudian dikenakan tekanan yang kuat bagi menolaknya kedalam liang, memindahkan dakwat di mana ia bersentuhan. Salah satu kesan sampingan cetakan integlio adalah permukaan berdakwat timbul sedikit pada bahagian hadapan dan lekuk di belakang, bergantung kepada jenis kertas dan dakwat yang digunakan, ini mampu memberikan cetakan integlio tekstur yang unik. Variasi cetakan integlio dikenali sebagai gravure mempelbagai kedalaman bagi memberikan kepelbagaian tona. Alur yang lebih dalam mampu menyimpan lebih banyak dakwat dan dengan itu menghasilkan warna yang lebih gelap. Tekanan yang amat kuat ini menjadikan dakwat tersebut sebagai sebahagian dari struktur kertas itu sendiri.

Kos mesin cetak intaglio mampu mencecah sepuluh kali ganda berbanding mesin cetak offset (offset presses), dan kepingan pencetak integlio mampu mencecah beratus kali ganda berbanding kepingan yang sama bagi mesin cetak offset, itu sebabnya yang terkemudian lebih popular. Tetapi cetakan integlio mempunyai kelebihan yang penting. Salah satunya, kepingan cetak mempunyai tempoh hayat yang amat tinggi, berjuta cetakan boleh dihasilkan sebelum kualiti imej merosot. Selain itu cetakan integlio mampu mencapai tahap perincian yang amat tinggi.

Fakta ini, digabung dengan permukaan timbul pada corak reka bentuk, menjadikan cetakan integlio printing pilihan terbaik bagi matawang, pasport, dan dokumen keselamatan tinggi yang lain. Hampir kesemua matawang dalam dunia ini dicetak sekurang-kurangnya, sebahagian darinya menggunakan integlio, kerana gambaran berlainan dan teksturnya menjadikan ia lebih mudah bagi mengesan matawang palsu.

Sungguhpun integlio tidak akan menggantikan pencetak laser dan pencetak jet dakwat di atas meja, tidak terdapat teknik cetakan lebih baik apabila hanya kesempurnaan yang cukup bagus.

0 comments:

Post a Comment