Sejarah Cetakan Tamadun Islam

Cetakan tamadun Islam lebih berunsurkan Islamik seperti ayat suci Al-Quran dan unsur geometri. Dalam tamadun Islam, kebanyakan hasil seni amat menjauhkan lambing atau simbol perantaraan antara manusia dan Tuhan. Hampir semua karya menggunakan unsur dalam motif hiasan. Kegiatan cetakan ketika itu, kebanyakannya berasaskan kayu dan setengahnya dicetak dengan pencetak seperti penghasilan ayat suci Al-Quran.

Reka corak cetakan adalah kaligrafi (menekankan keseimbangan pola positif dengan negatif) dan berunsurkan kehidupan Islam. Kebanyakan corak adalah menegak ke atas dan bermula dari bawah kerana menggambarkan Tuhan Yang Esa dan Satu. Cetakan dalam tamadun ini  tidak menjadikan objek manusia sebagai subjek kerana insan Kamil tidak menampilkan dirinya kepada Tuhan secara tampak.

Seni cetakan dihasilkan bertujuan sebagai panduan kepada seluruh umat Islam serta kebanggaan kerana keunikan dan kehalusan pembuatannya. Unsur seninya adalah kontemporari iaitu campuran pelbagai media dan agak moden. Namun begitu, setiap hasil karya yang dihasilkan mestilah berlandaskan kepada unsur tauhid dan akidah umat Islam. Garisan dalam kaligrafi menghasilkan ruang tertentu dalam setiap karya. Banyak karya cetakan menekankan penggunaan garisan dan fungsinya. Unsur geometri seperti segi empat tepat dan sama banyak digunakan berserta dengan ayat suci Al-Quran. Ia menjadikan cetakan yang dihasilkan mempunyai kombinasi selain terdapat  unsur pengulangan pada motif corak.

0 comments:

Post a Comment