JENIS-JENIS CETAKAN

Cetakan Timbulan ( Relif )

Contoh Karya Cetakan Timbulan

Cetakan timbulan ialah hasil imej yang terdapat pada blok atau plat yang disapu dengan dakwat atau pewarna. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas. Cetakan timbulan termasuklah kaedah sayuran, kolaj, kadbod bergelugur, lino dan potongan kayu.

Cetakan potongan kayu merupakan kaedah yang paling lama digunakan dikalangan pencetak. Cetakan ini mudah dilakukan kerana bahan dan peralatannya mudah didapati. Cara dan teknik cetakan kayu ini boleh digunakan untuk mencetak lino. Perbezaan cetakan lino dengan cetakan kayu adalah permukaan lino licin berbanding dengan permukaan cetakan kayu yang berira. Kayu yang berira ini mencantikkan lagi nilai imej pada cetakan.

0 comments:

Post a Comment