SEJARAH CETAKAN DI MALAYSIA

Sejarah cetakan di Malaysia dibawa masuk dari Singapura pada tahun 1940-an melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di Institut Seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan memperluaskannya. Seni cetakan kurang berkembang kerana kurang individu yang berkemahiran dan peralatan yang diperlukan. Pada akhir tahun 1950-an, beberapa individu yang pulang dari pengajian seni di England telah pulang dan membawa balik teknik penghasilan seni cetakan. Salah satu contoh adalah cetakan kayu.

Menjelang tahun 1960-an, teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan seperti Institut Perguruan Ilmu Khas. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain sarung sebelum kaedah lilin dari Jawa diperkenalkan. Seni cetakan di Malaysia telah muncul sebagai satu cabang seni halus yang unik. Seterusnya, cetakan diperkembangkan ke sekolah-sekolah dan individu-individu yang bergiat aktif dalam menghasilkan pelbagai karya seni cetakan dengan menggunakan pelbagai teknik

0 comments:

Post a Comment